BantuanBantuan JKM

Permohonan Dibuka : Bantuan Untuk Anak Yatim Berjumlah RM500 Sebulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah banyak memperkenalkan jenis-jenis bantuan yang khusus bagi mereka yang layak antara salah satunya ialah Bantuan Anak Pelihara (BAP) seperti yang akan dijelaskan disini.

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa tujuan bantuan ini diperkenalkan antaranya ialah, untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Bukan itu sahaja, BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar Bantuan

Kadar bagi bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang layak adalah sebanyak Minimum RM250 sebulan seorang sehingga Maksimum RM500 sebulan seorang bagi keluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Maklumat Lanjut

Anda boleh melayari portal rasmi yang tertera dibawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button