Permohonan Dibuka : Bantuan I-Fitri RM300 Bagi Yang Layak

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau merupakan salah satu usaha kerajaan Terengganu untuk membantu rakyat mereka dalam menjalani dan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

I-Fitri Perantau

I-Fitri Perantau ni adalah bantuan khas yang berjumlah RM300 diberikan oleh kerajaan terengganu untuk anak Terengganu yang berada di perantauan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Jumlah Bantuan I-Fitri 2023

Bantuan khas ini berjumlah sebanyak RM300 dan akan dibayar secara one-off kepada mereka yang layak.

Syarat Kelayakan

Syarat Utama

  • Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)

Syarat Lain

  • Pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).
  • Penjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  • Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).
  • Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).

Permohonan Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan masih dibuka bermula 6 April 2023 sehingga 20 April 2023.

Cara Memohon Bantuan I-Fitri 2023

Anda boleh membuat permohonan online terlebih dahulu pada pautan yang tertera dibawah

https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan.

  • Salinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan
  • Salinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan
  • Salinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air

Leave a Comment