Pengeluaran Penuh KWSP Diluluskan? Semak Syarat-Syarat Disini

Dalam usaha untuk membantu pencarum KWSP yang memerlukan, KWSP menyediakan beberapa inisiatif agar pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka.

Merujuk kepada isu KWSP sebelum ini, rakyat telah menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP yang mana berkemungkinan besar tidak diluluskan dan tidak termasuk dalam perkara yang dibentangkan semasa Bajet 2023 lepas.

Namun begitu, sebenarnya Pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran penuh KWSP tetapi mengikut syarat tertentu.

Syarat-Syarat Yang Membenarkan Pengeluaran Penuh KWSP

Syarat-Syarat yang dinyatakan tersebut adalah:

  • PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pesara / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Takrif pesara ialah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam pekerjaan berpencen oleh kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan.

  • MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Pengeluaran penuh simpanan bagi ahli yang mencapai umur 55 tahun dibenarkan. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

  • MENINGGALKAN NEGARA

Bagi ahli yang kehilangan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan seluruh simpanan KWSP mereka.

  • KEHILANGAN UPAYA (OKU)

Pengeluaran penuh bagi mereka yang kehilangan upaya adalah dibenarkan setelah disahkan oleh pegawai perubatan dan mereka juga layak untuk menerima RM 5,000 sebagai Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).

  • KEMATIAN

Jika ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan KWSP mereka boleh dilakukan melalui waris. Oleh itu, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP selepas kematian.

Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

Sebaran Pertanyaan atau memerlukan maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari langsung laman rasmi KWSP pada pautan yang tertera dibawah.

https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Leave a Comment