BantuanBantuan JKMBantuan Lain

Isi Rumah Berkelayakan Akan Menerima Bantuan RM500 Sebulan, Semak Selanjutnya Disini

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah dibawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk,

  • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  • Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Kadar Bayaran

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Permohonan Dibuka

Untuk pengetahuan anda, bantuan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka. oleh itu, kepada sesiapa yang menepati syarat kelayakan digalakkan untuk memohon bantuan ini.

Maklumat Lanjut

Anda boleh melayari laman rasmi JKM yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut dan membuat permohonan atas talian.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button