PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM50 PALING KURANG)

PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025: SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

Terkini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan dalam Akaun Fleksibel pada bila-bila masa untuk kegunaan peribadi atau kecemasan.

Bagaimana cara membuat pengeluaran KWSP ini? Berikut adalah panduan lengkap untuk rujukan anda.

PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM50 PALING KURANG)

APA ITU PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA?

Pada tahun 2024, KWSP telah memperkenalkan struktur akaun baharu yang terdiri daripada:

  • Akaun Persaraan (75%)
  • Akaun Sejahtera (15%)
  • Akaun Fleksibel (10%)

Pengeluaran setiap masa hanya dibenarkan melalui Akaun Fleksibel, yang bertujuan untuk keperluan kewangan jangka pendek serta kecemasan.

Semak Juga : Bantuan Lesen Secara Percuma

HAD PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA

Pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah RM50, manakala jumlah maksimum bergantung pada baki dalam Akaun Fleksibel.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran perlu memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang berdaftar sebagai ahli KWSP
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran minimum RM50 setiap transaksi

CARA MEMBUAT PENGELUARAN KWSP 2025

Pengeluaran boleh dibuat melalui dua kaedah:

  1. Secara atas talian – Melalui portal i-Akaun KWSP
  2. Secara manual – Di kaunter KWSP (bagi bukan warganegara yang tiada akses ke i-Akaun)

Langkah-langkah pengeluaran melalui i-Akaun:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
  2. Pilih menu [Pengeluaran]
  3. Klik [Keluarkan Simpanan Anda]
  4. Pilih [Akaun Fleksibel]
  5. Klik [Keluar Sekarang]
  6. Masukkan jumlah pengeluaran yang dibenarkan dan tekan [Teruskan]
  7. Kemaskini maklumat akaun bank dan tekan [Teruskan]
  8. Tandakan persetujuan pada ‘Perakuan Ahli’ dan tekan [Terima]
  9. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon anda
  10. Paparan ‘Permohonan Anda Berjaya Dihantar’ akan muncul

Tempoh pemprosesan: Wang akan dikreditkan ke akaun bank dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

RUJUKAN RASMI

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada:

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-8922 6000 (Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang)
  • Laman Web Rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my

PENAFIAN

Maklumat ini dikongsikan berdasarkan sumber rasmi KWSP dan bertujuan memberi panduan kepada orang ramai. Kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pengguna dan tidak mengenakan bayaran untuk perkongsian ini.

Sumber rujukan rasmi: KWSP – Akaun Fleksibel

Leave a Comment