BantuanBantuan Lain

Cara Permohonan Bantuan Bulanan Sehingga RM500 Bagi Rakyat Yang Layak

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah banyak memperkenalkan jenis-jenis bantuan yang khusus bagi mereka yang layak antara salah satunya ialah Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Sebelum membuat permohonan anda mestilah memastikan dahulu syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini.

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

selain itu, BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mereka yang berhak dan layak menerima bantuan ini antaranya;

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Cara Permohonan

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari langsung portal rasmi di bawah ini,

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button