Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri

Ini adalah artikel mengenai Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri. Sila baca sehingga habis untuk ketahui apakah respon beliau.

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Semua tahu sehingga hari ini, terdapat ramai pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP walaupun secara bersasar diluluskan oleh pihak kerajaan.

Pencarum turut ketahui bahawa disebabkan pengeluaran khas yang lalu menyebabkan baki simpanan turut berkurang. Disebabkan itu, para pencarum mencadangkan untuk pengeluaran secara bersasar sahaja.

MAKLUMAT TERKINI PENGELUARAN KWSP

Suara rakyat melalui Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir antara inidividu yang paling kuat bersuara memperjuangkan isi KWSP ini.

Beliau berharap agar Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan tuntutan rakyat tersebut.

Tambah beliau, sekiranya pihak kerajan benarkan pengeluaran khas ini, ia bermaksud kerajaan tidak perlu memberi bantuan yang banyak untuk rakyat. Dalam sudut lain, ia menjimatkan perbelanjaan negara.

Beliau turut menyambut baik keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan nasib rakyat yang sedang dihimpit ini akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

RESPON PERDANA MENTERI

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Beliau berkata adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.

Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukan mendapati bahawa simpanan golongan terjejas dalam KWSP adalah terlalu rendah dan ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada mereka.

Walaubagaimanapun, respon yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri di atas adalah pada 16 Januari lalu.

TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP RM 10,000

Ada juga sebilangan pihak yang mengharapkan Pengeluaran KWSP RM 10,000. Antaranya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa pihak kerajaan untuk meluluskan permintaan rakyat iaitu Pengeluaran KWSP RM 10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripadda jumlah tersebut.

Pengeluaran itu adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang dinyatakan oleh Naib Presiden parti tersebut.

3 thoughts on “Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri”

  1. Saya tidak bekerja lebih kurang 2 bulan sebab mata kanan tidak dapat melihat dengan jelas kata doktor mengalami glaucoma. Tolong bantu saya untuk menampung sara hidup yang makin tinggi. kehidupan kos seharian pun masalah juga.

    Reply
    • Saya nak mohon kwsp pengeluaran khas untuk RM 10,000. Untuk makluman Februari 2023 mula bayaran bulanan rm1000. Harap permintaan saya dapat di luluskan. Tqvm.

      Reply
  2. Saya dah 3 tahun tak berkerja di suruh berhenti secara sukarela semasa musim pendemik. Tapi sy tak pernah layak apa apa bantuan kerajaan pun. Umur semakin meningkat sekarang dah 52 mana lagi ada syarikat yg mau ambil kerja pernahkah kerajaan pantau berapa ramai yg mengalami kesempitan seperti sy pada masa kini???

    Reply

Leave a Comment