KWSP

Pengeluaran Khas Tidak Menjejaskan Dana KWSP

Terdapat sebuah khabar bahawa dimana terdapat pihak yang mengatakan bahawa Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak akan terjejas sekiranya Pengeluaran Khas diluluskan.

DANA KWSP TIDAK TERJEJAS

Menurut Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) iaitu pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak Pengeluaran KWSP, mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.

Pihak tersebut turut menyatakan Dana KWSP tidak akan terjejaskan sekiranya pengeluaran khas diluluskan berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabung KWSP.

KESEMPITAN HIDUP PERLU DIUTAMAKAN

Presiden 40M, Encik Roslan Mohd Arif berkata pengeluaran tersebut seharusnya dibenarkan kerana ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.

Tambah beliau, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandang pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang telah bankrap dan paling buruk sampai bunuh diri.

ALTERNATIF LAIN SELAIN PENGELUARAN KHAS

Menurut pertubuhan terbabit sekiranyaa tidak mahu melulukan Pengeluaran Khas KWSP, pihak kerajaan perlu memberikan bantuan RM 1,000 kepada pencarum yang memerlukan atau menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM 350 kepada sekurang-kurangnya RM 800 atau RM 1,000 sebulan.

Alternatif lain pula adalah banyak lagi dana boleh dicairkan termasuklah hasil cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), seperti kerajaan United Kingom serta Australia yang bantu rakyatnya mengatasi isu kelangsungan hidup.

TUNTUTAN PENGELUARAN RM 10,000 HINGGA RM 30,000

Prorakyat mencadang agar pengeluaran khas itu diluluskan berdasarkan syarat dan mengikut kaedah sama seperti dilaksanakan sebelum ini.

Tuntutan pengeluaran RM 10,000 hingga RM 30,000 secara one-off tidak akan menganggu pelabur KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mempertimbangan pengeluaran khas KWSP ini.

4PM dan Prorakyat turut berharap agar pengeluaran KWSP diluluskan dan diagih selewat-lewatnya sebelum Ramadan atau Aidilfitri tahun ini.

Related Articles

One Comment

  1. MAKSUD kwsp
    .. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA… BUKAN KUMPULAN WANG SIMPANAN HARI TUA PEKERJA… itu duit pencarum dan layak dikeluarkan akibat kesusahan dan ekonomi sekarang lepas era pandemic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button