Pihak KWSP menyediakan kemudahan para pencarumnya iaitu dengan memberi pilihan untuk membuat pengeluaran secara bersyarat.
Pengeluaran KWSP telah dibenarkan tetapi secara sebahagian sahaja melalui akaun 2 KWSP pencarum mengikut syarat – syarat tertentu yang telah ditetapkan.
Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP
Terdapat 2 jenis akaun di dalam simpanan KWSP iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 yang mana, Akaun 1 adalah untuk pengeluaran penuh manakala Akaun 2 hanya untuk pengeluaran sebahagian wang simpanan sahaja.
Oleh itu, dijelaskan disini berkaitan syarat – syarat yang dibenarkan untuk pengeluaran KWSP Akaun 2.
Syarat – Syarat Pengeluaran Khas KWSP
- MELAKSANAKAN HAJI
- Pencarum yang berumur 55 tahun kebawah yang ingin melaksanakan haji boleh mengeluarkan simpanan KWSP Akaun 2.
- PEMBELIAN RUMAH
- Pencarum warganegara dan bukan warganegara boleh mengeluarkan wang KWSP Akaun 2 untuk membuat pembelian rumah.
- MENGALAMMI MASALAH KESIHATAN
- Pencarum yang mengalami masalah penyakit kritikan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian wang simpanan KWSP Akaun 2.
- MENCAPAI UMUR 50 TAHUN
- Pencarum boleh mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam Akaun 2 setelah mencapai umur 50 tahun.
- PEMBINAAN RUMAH
- Terdapat 2 kategori pembinaan rumah yang membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP Akaun 2 iaitu, peminaan dengan pembelian tanah atau pembinaan di tanah milik sendiri.
SYARAT SELANJUTNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT,
- PENDIDIKAN
- MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN
- ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN
- PERUMAHAN FLEKSIBEL
- PERUMAHAN PRIMA
- SMPANAN MELEBIHI RM 1 JUTA
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info diatas, anda boleh melayari langsung laman web rasmi KWSP pada pautan yang tertera dibawah.