Sebelum ini, rakyat telah banyak mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP. Akan tetapi, semasa pembentangan belanjawan 2023 yang lepas tiada menyentuh perkara berkaitan Pengeluaran Khas ini dan membawa kemungkinan besar bahawa Pengeluaran Khas KWSP tersebut tidak akan diluluskan.
Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu Bantuan Khas kepada pencarum KWSP sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat negara ini.
Bantuan Khas KWSP RM500
Pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa caruman KWSP akan ditambah sebanyak RM500 kepada setiap individu dengan kelayakan.
Kenyataan tersebut dibuat semasa Pembentangan Bajet 2023 yang lepas. Bantuan ini merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk memastikan simpanan bagi membiayai hari persaraan akan mencukupi kelak
Kelayakan Penerima Bantuan Khas KWSP RM500
Berikut adalah kelayakan bagi mereka yang berhak menerima bantuan ini,
- Pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam satu akaun KWSP.
Bantuan Akan Dikreditkan
Sekiranya anda layak untuk menerima bantuan ini, ia akan terus dikreditkan ke dalam akaun 1 KWSP.
untuk pengetahuan anda, bantuan ini hanya boleh dikeluarkan dan digunakan ketika berumur 55 tahun dan ke atas sahaja berikutan ini adalah tambahan simpanan untuk hari tua kelak.
Tarikh Bantuan Dikreditkan
Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman lagi berkaitan tarikh bayaran bantuan ini dan akan sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa.