Pembayaran i-Sinar bermula awal Mei

 

Pembayaran i-Sinar untuk bulan April telah hampir untuk melabuhkan tirai. Kini, pembayaran untuk bulan Mei lagi sedang ditunggu oleh para penerima.

Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19.

Oleh itu, pembayaran i-Sinar bagi bulan Mei ini lebih awal berbanding bulan April.


Pembayaran Mei i-Sinar Kategori 1 Dan 2


Sama seperti pembayaran i-Sinar sebelum ini. Pembayaran akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.
Pembayaran untuk bulan Mei dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.

Sedia maklum bahawa pembayaran adalah mengikut kumpulan/batch masing-masing. 

Jadual Pembayaran i-Sinar Mei


  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1/4/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Dan begitulah yang seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut batch masing-masing.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

Informasi Yang Anda Perlu Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT


Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.

0 thoughts on “Pembayaran i-Sinar bermula awal Mei”

Leave a Comment