Pembayaran Bantuan RM800 Diberikan Dalam 3 Bulan Pertama Tahun ini

Berikut adalah keterangan, permohonan bantuan dan jadual bayaran bantuan berjumlah RM800 yang diberikan kepada rakyat.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN

Nik Azmi Nik Ahmad selaku Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklan telah mengumumkan jadual pembayaran bantuan berjumlah RM800 iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diberikan.

Pengagihan bayaran bantuan adalah secara berfasa seperti berikut :

Pembayaran fasa 1 pada bulan Januari berjumlah RM300

Pembayaran fasa 2 pada bulan Februari berjumlah RM300

Pembayaran fasa 3 pada bulan Mac berjumlah RM200

JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN

Pada tahun-tahun sebelum ini, jumlah bantuan adalah sebanyak RM600 sahaja dan kenaikan telah dibuat sebanyak RM800 bermula tahun 2023 ini.

KETERANGAN BANTUAN BMT BERJUMLAH RM800

Bantuan berjumlah RM800 ini merupakan bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diberikan kepada rakyat melalui agensi RISDA yang memfokuskan kepada pekebun kecil.

Bantuan ini diberikan adalah untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan pemantauan akan dilaksanakan agar tiada pekebun terlepas bantuan

PERMOHONAN BANTUAN BMT

Semakan bagi permohonan bantuan boleh dilakukan di portal rasmi http://pekebunkecilmakmur.com.my/

Permohonan baharu bagi bantuan ini belum diumumkan setakat ini dan akan di kemas kini dari masa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan dari pihan tuan puan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT di talian

  • 03-4251 0171

atau layari portal rasmi portal rasmi http://pekebunkecilmakmur.com.my/ .

Leave a Comment