Terdapat beberapa bantuan yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 berlangsung sebelum ini. Bukan itu sahaja, beberapa perkara yang lain juga diumumkan pada pembentangan tersebut yang semestinya bertujuan untuk membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran KWSP mereka.
Pengeluaran Khas KWSP Tidak Diluluskan?
Pada umumnya, sebilangan rakyat negara kita mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP ini akan diumumkan dan dibenarkan pengeluarannya dalam pembentangan tersebut.
Akan tetapi, perkara berkaitan Pengeluaran Khas tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam Belanjawan 2023 yang membawa kemungkinan besar bahawa Pengeluaran Khas KWSP tersebut tidak akan diluluskan.
Bantuan Khas RM500 KWSP
Pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa caruman KWSP akan ditambah sebanyak RM500 kepada setiap individu dengan kelayakan.
- Pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam satu akaun KWSP.
Kenyataan tersebut dibuat semasa Pembentangan Bajet 2023 yang lepas. Bantuan ini merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk memastikan simpanan bagi membiayai hari persaraan akan mencukupi kelak.
Assalamualaikum dan selamat pagi…
Saya nak bertanya mengenai bantuan khas RM 500 KWSP…..simpanan saya kurang daripada 10k dan saya tidak bekerja (suri rumah tangga), adakah saya dapat bantuan yang tersebut diatas?
Terima kasih
Assalamualaikum WBT…