Rakyat telah membuat tuntutan untuk menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 sehinggga RM30,000 berharap dapat diluluskan sebelum Aidilfitri tahun ini.
PENGELUARAN KWSP
Menurut daripada Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) memberitahu bahawa Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi. Hal ini kerana berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit.
DESAKAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (4PM)
Menurut Roslan Mohd Arif selaku Presiden 4PM berkata, pengeluaran itu seharusnya dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.
katanya lagi, mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua memandangkan pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai dan ada yang diisytihar bankrap.
TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP RM10,000 HINGGA RM30,0000
Mengulas lanjut Presiden 4PM Rosland berkata, Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.
“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.
“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” ujar beliau.
PILIHAN LAIN SEKIRANYA PENGELUARAN KWSP TIDAK DILULUSKAN
Sekiranya pihak kerajaan tidak meluluskan pengeluaran Khas KWSP ini, pihak 4PM dan Prorakyat menggesa pihak kerajaan agar memberikan bantuan kepada pencarum yang memerlukan serta menaikkan kadar jumlah bantuan JKM dari RM800 kepada RM1,000 sebulan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang semakan atau informasi lebih lanjut bolehlah melayari portal rasmi KWSP di,
Betul tue, kami tertekan dgn keadaan skg dgn kos hidup yang mahal, ank lg beli ssu pmpers aduii btul2 tertekan dgn hidup skg nie.apa² biar sikit sdh kwsp klu masih ada tlg lh lulus,lulus kwsp pn untuk kelangsungan hidup juga. Bantuan setakat rm300 beli susu Pampers beras hbis sdh blum lg bli brg keperluan dpur yg lain, sngat² terkesan. bantuan JKM pn kami tiada dapat juga, banyk bantuan tpi yg bantuan STR sja kami lulus.
Beli lauk kat pasar utk semunggu rm100.
Sblm ada 4 minggu.
Blm lagi barang kering.
Barang makin Naik harga nya.
Sape kata barang turun?