Jangkaan Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Bilakah tarikh bayaran bagi Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 2, Ini adalah jangkaan tarikh bayaran STR Fasa 2. Untuk ketahui mengenainya sila rujuk maklumat di bawah

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan daripada pihak kerajaan untuk rakyat yang berkelayakan.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran bantuan ini adalah untuk rakyat yang berkelayakan daripada segi pendapatan dan status perkahwinan.

STR FASA 1 JANUARI 2023

Pembayaran STR Fasa 1 telah disalurkan pada Januari 2023. Pembayaran tersebut diawalkan daripada bulan Mac ke Januari untuk membantu rakyat yang hadapi musim tengkujuh.

Pembayaran STR Fasa 1 diagihkan kepada golongan isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.

Jumlah bayaran pula adalah RM 300 bagi isi rumah manakala RM 100 bagi bujang dan warga emas tiada pasangan.

JANGKAAN TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Tarikh umum bagi bayaran STR Fasa 2 tidak umumkan setakat ini. Ini kerana masih terlalu awal kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja bermula tarikh bayarannya. Kemungkinan besar tarikh bayaran STR Fasa 2 akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Bagi jangkaan tarikh bayaran STR Fasa 2 pula adalah jika bayaran STR mengikut jadual bayar BKM 2022 iaitu setiap 3 bulan pembayaran dilaksanakan

  • jangkaan pembayaran STR Fasa 2 adalah pada April 2023 kerana tempoh di antara Januar dan April adalah 3 bulan

Walau bagaimanapun, ia hanyalah sekadar jangkaan. Pihak kerajaan akan umumkan tarikh rasmi dalam beberapa bulan mendatang.

KATEGORI YANG LAYAK SUMBANGAN TUNAI RAKYAT

Kategori yang layak bagi STR Fasa 1 (setakat ini) adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang. Setiap kategori yang terima bantuan ini adalah berdasarkan data BKM 2022.

Buat yang ingin membuat permohonan baharu, dijangkakan permohonan baharu akan dibuka jika mengikut bantuan-bantuan sebelum ini seperti BKM 2022, BPR 2021 dan BSH 2020.

1 thought on “Jangkaan Tarikh Bayaran STR Fasa 2”

  1. sya tinggal berdua dgn mak warga emas
    pendapatan kami hanya dgn wang bulanan
    pencen ilat perkeso
    dan dari bantuan asnaf baitulmal jumlah tak lebih dari rm1500. sebulan

    Reply

Leave a Comment