JANGKAAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Salah satu bentuk usaha kerajaan untuk rakyat ialah dengan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan kepada rakyat mengikut kelayakan.

Bantuan ini adalah untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam meringankan beban mereka yang berkeperluan.

Pembayaran bantuan ini adalah secara berfasa yang mana pembayaran fasa 1 telah pun disalurkan kepada penerima pada bulan Januari lepas.

PEMBERIAN BANTUAN STR SECARA BERFASA

Seperti yang sedia maklum, pembayaran fasa 1 telahpun diberikan dalam bulan januari lepas dan bantuan STR ini akan terus disalurkan mengikut fasa iaitu seingga 4 fasa.

Jumlah bayaran bagi bantuan STR ini adalah mengikut 3 kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas tiada pasangan, dan bujang.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR FASA 2

Berikut adalah kategori penerima STR fasa 2 :

ISI RUMAH

  • Sudah berkahwin
  • Ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / duda / duda mempunyai anak yang menpati syarat
  • Dengan pendapatan bulanan antara RM 0 – RM 5,000

BUJANG

  • Bujang belum berkahwin
  • Ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / duda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur antara 21 hingga 59 tahun
  • Dengan pendapatan bulanan antara RM 0 – RM 2,500

JANGKAAN BAYARAN BAGI PENERIMA STR FASA 2

Setakat ini, masih belum ada apa-apa pengumuman dari pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran STR fasa 2 akan tetapi pengumuman dijangkakan akan diberitahu dalam beberapa bulan lagi.

Dalam pada itu, jangkaan bayaran bantuan STR fasa 2 akan disalurkan adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu berkemungkinan dalam bulan 4 tahun ini atau lebih awal.

PERMOHONAN STR

Bagi individu yang tidak layak menerima bantuan STR fasa 1 sebelum ini, setakat ini masih belum ada lagi rayuan permohonan dibuka dan negitu juga dengan sebarang permohonan baharu atau kemas kini maklumat.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kekeliruan, tuan, puan boleh merujuk terus ke portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti yang tertera di bawah ini berkenaan dengan bantuan SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR).

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment