BKM

Ini Pula Adalah Tarikh & Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 Selepas Ini

Ini Pula Adalah Tarikh & Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 Selepas Ini

 Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 telah selesai dikreditkan. Kini tiba masanya untuk pembayaran BKM Fasa 3

Sehubungan dengan itu, setelah pembayaran BKM Fasa 2. Pembayaran BKM akan diteruskan untuk Fasa 3 dan 4 pula.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM merupakan antara bantuan kewangan yang diberikan setiap tahun oleh kerajaan kepada penerima yang layak. Bantuan ini difokuskan kepada golongan B40, M40, warga tua, janda, duda dan lain-lain.
Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi tatkala kadar inflasi yang semakin meningkat.
Pembayaran BKM 2 Fasa sudah dikreditkan pada Mac dan Jun lepas. Kini tinggal 2 Fasa lagi iaitu pada September dan Disember,
Untuk artikel kali ini, kita akan memfokuskan kepada BKM FASA 3 nanti.

JUMLAH BANTUAN BKM FASA 3

Berikut adalah jumlah bantuan pembayaran BKM Fasa 3 mengikut kategori masing-masing.
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 500
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 1-2 anak – RM 800
  • 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas
  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3

Sudah tentu belum ada tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 kerana masih berbaki 2 bulan untuk bulan September. Tetapi seperti yang dinyatakan, bayaran tetap dikreditkan pada bulan September nanti.
Oleh hal demikian, kemungkinan besar tarikh bayaran adalah sama seperti BKM Fasa 2 iaitu pada 27 September atau pada minggu terakhir bulan September nanti.
Sebarang maklumat tambahan mengenai BKM Fasa 3 akan di kemas kini dari masa ke masa.

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM :
  1. Log masuk ke https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh terus rujuk ke portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button