Informasi Terbaru Berkaitan Bantuan Khas Covid

 

Bantuan Khas Covid (BKC) merupakan bantuan yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pengemuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Jun lalu.

Bantuan ini diberikan berikutan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat untuk waktu ini.

CARA MOHON BKC 

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai permohonan baharu Bantuan Khas Covid-19, berikut ialah informasi mengenainya.

Untuk pengetahuan anda, untuk BKC 
  • tiada permohonan diperlukan
  • Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Supaya anda faham lebih lanjut mengenai pengesahan penerima BKC, sila rujuk maklumat di bawah :

  • Jika anda kategori Miskin Tegar dan B40 : Data pengesahan akan melalui permohonan BPR 2021.
  • Tetapi, jika anda merupakan kategori M40 : Data pengesahan akan melalui rekod percukaian LHDNM.
PERMOHONAN RAYUAN BKC ?

Untuk setakat ini, tiada informasi terbaru yang dikeluarkan permohonan rayuan BKC buat sesiapa yang tidak menerima BKC. Hal ini disebabkan, bayaran pertama BKC belum dilaksanakan.


TARIKH BAYARAN

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh pembayaran BKC, jadi berikut adalah maklumat mengenainya.

  • Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos dengan jumlah bantuan sehingga RM 500 mengikut kategori. 
  • Seterusnya, pembayaran seterusnya akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember dengan jumlah maksimum bayaran adalah RM 500 dan RM 300 mengikut kategori anda.
INFO TERBARU

Untuk setakat ini, tiada info rasmi mengenai pembayaran bulan Ogos Bantuan Khas Covid-19.

Semoga kerajaan baharu yang telah dilantik mampu mempercepatkan bantuan tersebut kerana masih ramai diantara rakyat yang menderita kerana masalah kewangan.

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh hubungi talian hotline di                  
  • 1 800 88 2747

0 thoughts on “Informasi Terbaru Berkaitan Bantuan Khas Covid”

  1. STEP BY STEP NEGARA,NEGERI,SEMPADAN,DAERAH,TAMAN&KAMPUNG,,,JANGAN SAMPAI YANG TERTINGGAL KAUM2,PUAK2 & RAKYAT2 BERADA,DI MALAYA,TANAH MELAYU@MALAYSIA INI YA ALLAH YA RAHMAN,YA ROHIM…

    Reply
  2. Bulan ogos sudah nak habis.kami harap bkc dapat memberi dengan segera kerana kami ingin melangsungkn kehidupan ini kerana pendemik ini telah menjejaskan pendapatan harian kami.

    Reply
  3. Kerajaan baru di tukar,tapi tanggungjawap untuk rakyat lupa,bulan ogos hampir habis tapi bantuan belum muncul,kenapa sibuk tukar pm kunun pm tidak tahu buat tindakan yang wajar,sekarang apa sudah jadi,pm baru lagi lah tidak tau kepantingan rakyat,sudah kami begitu susa menjalani kehidupan dalam keadaan bgini,para yang memagang kuasa berpusu2 rabut kuasa..ini apa suda jadi dengan kerajaan malaysia ni.kerajaan baru ni btul2 tidak berhati perut ..teruk sngat

    Reply

Leave a Comment