Info Terkini STR 2023, Semak Sekarang

Seperti yang sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu jenis bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia dan juga adalah satu bentuk bantuan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap rakyat yang sering diambil perhatian oleh rakyat malaysia sendiri untuk membantu menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka.

Oleh itu, dijelaskan disini info-info penting berkaitan STR 2023.

Kategori Penerima STR

  1. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
    • RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
  2. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
    • RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
  3. KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
    • RM350
  4. WARGA EMAS SEBATANG KARA
    • RM600
  5. SUMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
    • RM600 akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas.

Pembaharuan STR

  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Tarikh – Tarikh Bayaran STR

  • STR FASA 1 : Bayaran telah selesai disalurkan pada bulan Januari lepas
  • STR FASA 2 : Bayaran disalurkan Bermula 5 April 2023 yang lalu.
  • STR FASA 3 : Bayaran akan disalurkan pada bulan Julai 2023.
  • STR FASA 4 : Bayaran akan disalurkan pada bulan November 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment