i-Sinar : Pembayaran untuk kategori 1 telah bermula

 

Setelah pembayaran i-Lestari tamat pada April lalu, kini giliran i-Sinar pula. Segolongan besar penerima i-Sinar akan berakhir pada bulan Jun.  

Setelah diperkenalkan hampir 6 bulan, ternyata i-Sinar sangat membantu penerima lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Pembayaran i-Sinar 

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 dan dilancarkan bermula Januari 2021.

Setiap pembayaran pada setiap bulan, penerima untuk kategori 1 dahulu akan dibayar.

Jadual Pembayaran i-Sinar Jun 2021


Pembayaran i-Sinar untuk bulan Jun dijangkakan akan bermula pada 3 Jun nanti. Tetapi pihak KWSP telah mengawalkan tarikh bayaran dengan menukarkan pada i-Akaun masing-masing.

Oleh itu, pembayaran telah diawalkan bermula 1 Jun 2021. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat.

Penerima kumpulan/batch pertama akan menerima wang bermula 1 Jun dan diikuti oleh batch yang seterusnya.

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 1/6/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 3/5/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2/6/2021 maka penerima pada 4/5/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 3/6/2021 maka penerima pada 5/5/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Dan begitulah yang seterusnya. 
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

0 thoughts on “i-Sinar : Pembayaran untuk kategori 1 telah bermula”

  1. Kmi mohon teruskan i,sinar hinga hujung tahun ini.. kmi benar² terjajas.. tersepit dan terkesan… Tambah² lagi majikan bagi cuti tanpa gaji… Di tambah lg plk bpr fasa 2 tdk lulus.. nak cari duit tuk beli makanan demi menampung hidup selanjutnya mcm mna.. lagi.. btul² terkesan. Tambahan lgi lockdown skg.. ni..mcm mna nk guna cara n jln lain. Lg tuk cari sesuap nasi sdgkn dlm. Pkp.. skg ni susah nk gerak sana sini.. nti kluar silap sikit kna saman… Jd kmi mohon teruskn i,sinar… Harap paham kmi juga paham pehak atasan….

    Reply
  2. Saya dapat bulan april hari tu..bulan mei tiada masuk,maksudnya bukan 6bulan tu tiap bulan dia masuk kan..pelik la..tunggu2 tiada masuk,skrg sudah bulan 6..patutnya bayaran ke3 sudah saya dapat..

    Reply
  3. Sya xda faham tentang ni i sinar,knapa bulan mei dan june blm sya terima i sinar sya…sungguh hairan penyata kwsp sya ada 20 lebih ribu lgi apa bila sudah di potong i lestari dan i sinar sya…

    Reply
  4. Bg la sambung i sinar.. bg pd yg betul2 memerlukan.. mcm kami i sinar yg lpas dpt membantu sgt2.. keewangan kami.. dgn pendapatan tak tetap.. dpt la membantu bli barang keprluan ank2.. dah la ank ramai..

    Reply
  5. sy juga sudah tiga bulan ditamatkan contract. mempunyai tanggungan. sewa rumah juga perlu dilunaskan setiap bulan. sgt memohon kesinambungan isinar. tq

    Reply
  6. Mohon teruskan lah isinar dan I lestari….kerana sy suri rumah dan suami hilang mata pencarian sejak bermulanya PKP 3.0 dan syarikat itu tidak mencarum KWSP suami mahupun SOCSO….dan kami hendak mengeluarkan KWSP Dr simpanan semasa bujang dahulu..

    Reply

Leave a Comment