Bantuan

i-Sinar mula dibayar pada 26 Julai

 

i-Citra akan memulakan pembayaran pertamanya bermula pada awal Ogos depan seperti yang dimaklumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Disebabkan itu, pembayaran i-Sinar Ogos diawalkan bermula penghujung Julai depan.


Perkara ini dilakukan agar pembayaran i-Citra dan i-Sinar boleh berjalan dengan baik dan para pencarum juga tidak bingung.

PEMBAYARAN BERMULA HARI INI ! AWAL 5 HARI

Menurut info yang diterima daripada Facebook rasmi KWSP, pembayaran i-Sinar untuk bulan Ogos akan diawalkan bermula pada
  • 26-27 Julai
Anda akan menerima bayaran i-Sinar Ogos awal 3-4 hari daripada tarikh sebetulnya. Perkara ini adalah untuk memudahkan pihak KWSP bagi urusan i-Citra dan i-Sinar.

v>

SIAPA YANG AKAN TERIMA i-SINAR OGOS ?

Ramai berkata bahawa i-Sinar sudah tamat. Tetapi perkara tersebut adalah tidak benar. 
  • Hal ini kerana masih terdapat pencarum yang baru sahaja memohon atau pembayaran belum mencapai 6 bulan.
Golongan seperti contoh di atas adalah antara penerima i-Sinar Ogos nanti. Tetapi i-Sinar anda telah tamat, jangan risau kerana i-Citra akan mula dibayar pada 2 Ogos nanti.
JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR OGOS

Pembayaran Ogos hanya akan dilakukan selama 2 hari sahaja. Berbeza daripada sebelum ini dimana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat sehingga 10 hari pada bulan-bulan sebelum ini.

Oleh itu, kepada penerima i-Sinar anda tidak perlu menunggu lama untuk menerima pembayaran.
  • Jika pembayaran belum anda terima pada 26 Julai maka anda akan menerima pada 27 Julai (Selasa).
  • Tetapi jika terdapat kelambatan pembayaran melebihi tarikh yang diberikan, anda boleh menunggu sekitar 1-2 selepas itu atau menghubungi KWSP.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button