E-PEMULA 2023 : Syarat Untuk Terima Bantuan RM 200 Untuk B40 & M40

Pembayaran e-Pemula kembali diteruskan pada tahun ini seperti yang diumumkan pada Bajet 2023 lepas. Berikut adalah artikel penuh mengenai e-Pemula 2023 syarat untuk terima bantaun RM 200 untuk golongan B40 & M40.

e-PEMULA 2023

Sebuah bantuan kerajaan berbentuk kredit yang terdapat di sebuah aplikasi yang dipilih yang tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai atau kredit ke akaun bank.

Pelaksanaan bantuan ini sudah bermula sejak tahun 2021 dan diteruskan sehingga kini.

Objektif utama bantuan secara e-Wallet ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melalukan pembelian sesuatu barang secara kredit sahaja.

KADAR BAYARAN E-PEMULA 2023

Bermula tahun ini 2023, jumlah amaun bantuan telah ditambah kepada RM 200 seorang berbanding sebelum ini RM 150 seorang.

Jika tahu sebelum ini, pembayaran hanya diberikan kepada kategori belia B40 tetapi bagi tahun 2023 golongan belia M40 turut diberikan RM 100. Ia sebuah tanda bahawa golongan tersebut tidak dipinggirkan oleh kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN

Mengenai syarat kelayakan pula, ia berbeza mengikut kategori masing-masing. Sila semak informasi penuh di bawah

BANTUAN RM 200

  • Diberikan kepada pelajar universiti Awam mahupun Swasta Malaysia yang merupakan Warganegara Malaysia tanpa had umur
  • Turut diberikan kepada belia berumur 18 sehingga 20 tahun

BANTUAN RM 100

  • Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan tahunan kurang RM 100 ribu

TARIKH BAYARAN E-PEMULA

Buat setakat ini, mana-mana agensi kerajaan belum mengeluarkan kenyataan mengenai informasi terkini bantuan ini.

Sebarang maklumat baru mengenai tarikh bayaran akan kami kemas kini dari masa ke masa.

CARA PENEBUSAN

Penebusan bantuan boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan yang dipilih oleh pihak kerajaan. Terdapat 4 aplikasi yang boleh menebus bantuan berkenaan tetapi anda hanya perlu 1 sahaja untuk anda ‘verify’ dengan kad pengenalan

  1. BigPay
  2. ShopeePay
  3. GrabPay
  4. Touch N Go e-Wallet

1 thought on “E-PEMULA 2023 : Syarat Untuk Terima Bantuan RM 200 Untuk B40 & M40”

  1. Доброго времени суток, мы делаем капремонт металлокаркасного для строения. Подскажите какова цена полусухой стяжки для каркасного дома и стомость подоконников из массива? Какую толщину механизированной полусухой стяжки можно делать в кабинете? Каким образом посчитать стройматериалы и расценки на – Системы доступа (видеодомофоны, электрозамки , турникеты и тд)? С уважением

    Reply

Leave a Comment