BTR Fasa 1 Dah Masuk – Semak Sekarang

BTR Fasa 1 dah masuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 mula dibayar secara berperingkat kepada rakyat Malaysia.

BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan. Ia bertujuan untuk membantu kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.

Pembayran BTR telah diawalkan iaitu bermula Januari 2023 ini.

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1

Tarikh pembayaran tidak rasmi adalah bermula malam 15 Januari 2023 seperti yang dimaklumkan oleh rakan-rakan di media sosial.

Ramai diantara mereka khasnya pemegang kad akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) maklumkan, pembayaran BTR Fasa 1 telah bermula.

Oleh hal demikian, boleh dijangkakan bermula 16 Januari 2023, pembayaran akan diteruskan secara berperingkat kepada pemegang akaun bank yang lain.

BUKTI PEMBAYARAN BTR FASA 1

Ini adalah bukti pembayaran yang dikemukakan oleh rakan-rakan di Facebook yang memaklumkan bahawa BTR Fasa 1 dah dibayar.

BTR RM 100
BTR RM 300

BERAPA NILAI BANTUAN BTR FASA 1

Buat masa ini, berikut adalah jumlah bantuan BTR Fasa 1 yang sudah dan akan dikreditkan kepada rakyat yang layak

  1. RM 300 – Untuk isi rumah
  2. RM 100 – Untuk bujang

SEMAKAN BTR FASA 1

Anda boleh membuat semakan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) melalui laman web rasmi BKM 2022. Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak LHDNM.

https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment