Ramai ibu bapa yang terlepas pandang di mana individu yang berusia 14 tahun sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pesaraan untuk tahun ini.
Individu atau anak yang berumur 14 tahun ke atas dibenarkan membuat pendaftaran akaun KWSP adalah sebagai tujuan simpanan syariah dan simpanan untuk tempoh masa panjang anak-anak.
PENDAFTARAN KWSP
Bagi pendaftaran akaun KWSP ini, ibu bapa tidak perlu menunggu anak-anak mula bekerja baru boleh membuat pendaftaran atau buka akaun.
Ibu bapa yang ingin membuat persediaan jangka masa panjang untuk anak-anak bolehlah membuat pendaftaran akaun dan mengisi wang di dalam simpanan mereka.
TERIMA INSENTIF KWSP RM 250
Sekiranya anda membuka pendaftaran KWSP untuk anak-anak, mereka bakal menerima insentif kewangan tambahan sehingga RM 250 setiap tahun.
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun untuk pemohon yang berumur 14 tahun dan ke atas.
Para ibu bapa boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak berusia 14 tahun dan ke atas melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter
- Untuk pendaftaran sebagai ahli KWSP, Kad Pengenalan dan cap jari pemohon diperlukan. Sertakan di mana-mana kiosk KWSP
- Untuk lebih baik, sila maklumkan kepada pegawai KWSP untuk membuka akaun ke simpanan syariah secara terus dan bukannya konvensional
- Setelah selesai i-Akaun, pegawai KWSP akan membantu daftarkan ke akaun syariah anak
- Seterusnya, maklumkan untuk membuat pendaftaran i-Saraan iaitu caruman secara sukarela yang akan menerima insentif RM 250
KELEBIHAN BUKA AKAUN KWSP UNTUK ANAK
Sekiranya anda membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak sebelum mereka bekerja lagi, ia bermaksud
- anda mempunyai perancangan yang baik untuk simpanan jangka masa panjang anak
- selain itu, anak anda turut akan menerima insentif tahunan maksimum RM 250
- seterusnya, terima dividen setiap tahun
- anak anda akan menerima skim khairat kematian KWSP RM 2,500
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun untuk anak-anak ini atau mengenai KWSP, bolehlah anda sentiasa lawati Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan laman web rasmi.