Bantuan Untuk Golongan B40 Berjumlah RM1200 Disalurkan Kepada Kategori Ini

Sebuah bantuan berjumlah RM1200 yang akan diberikan kepada golongan B40 mengikut kategori yang layak akan dijelaskan lebih lanjut disini.

Bantuan ini adalah dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah sampai ke Fasa 4.

Kategori Penerima STR 2023

  • ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
  • BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) 
  • BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN )  

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan RM1200

Bantuan berjumlah RM1200 ini akan disalurkan kepada kategori berikut :

  1. Kategori isi rumah ( Tiada had umur )
  2. Berpendapatan RM2500 kebawah
  3. Isi rumah mempunyai tanggungan 5 orang anak dan keatas

Amaun Bayaran STR Fasa 4

Amaun bayaran yang dinyatakan disini adalah hanya bagi kategori B40 sahaja.

Kategori Isi Rumah B40 (Tiada Had Umur)

  • Tiada Anak – RM200
  • 1-2 Anak – RM600
  • 3-4 Anak – RM900
  • 5 Anak Keatas – RM1200

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Untuk pengetahuan anda, telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perunahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau anda ingin membuat semakan STR, anda boleh melayari langsung laman web rasmi berikut,

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment