Bantuan Tunai RM 200 Sebulan Dikreditkan Pada Februari

Terdapat sebuah bantuantunai RM 200 sebulan untuk rakyat yang dikreditkan pada Februari. Semak maklumat penuh disini

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu rakyat yang berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Pelbagai jenis bantuan bulanan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada rakyat yang layak. Salah satunya adalah Bantuan Latihan Perantis (BLP).

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) 2023

Tujuan utama pelaksanaan BLP ini adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

SYARAT KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah kelayakan yang diperlukan sekiranya ingin membuat permohonan BLP ini

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Anak-anak penerima bantuan JKM atau anak bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

*Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan

Nota :

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan /Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir seperti

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji – jika ada
  5. Mana-mana dokumen berkaitan

Muat turun borang di bawah untuk menyegerakan lagi urusan permohonan

  1. Borang Permohonan Bantuan JKM 18
  2. Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20f

Leave a Comment