BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : FASA 1 CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (STR)
Bantuan STR adalah berbeza dengan bantuan SARA yang mana menawarkan bantuan tunai secara one-off kepada individu dan isi rumah yang layak. Walaupun begitu, jumlah bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut kategori penerima.
Kerajaan Malaysia pada kali ini mencerminkan tekad dalam memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat kian bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara ini.
Bagaimanakah bantuan tunai rahmah 2025? Sila ikuti info serta maklumat selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN ONLINE STR
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Beberapa syarat kelayakan telah dikenakan untuk kriteria penerima bantuan STR ini bagi memastikan golongan yang betul-betul berkelayakan dapat menerima bantuan dengan sewajarnya.
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH DAN KAEDAH PEMBAYARAN
Tarikh rasmi telah dikeluarkan untuk pembayaran fasa 1. Rajah dibawah menunjukkan tarikh serta kaedah pembayaran dilakukan:
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 | JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1 |
---|---|---|
Bermula 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 | Mempunyai Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Bermula 22 Januari 2025 | Tiada Akaun Bank(termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 yang disalurkan adalah berbeza mengikut setiap kategori kelayakan yang telah diluluskan. Rujuk rajah di bawah untuk semak jumlah yang sebetulnya.
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN STR 2025 FASA 1 | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 |
---|---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah (B40) | Semua : RM 500 | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 (M40) | RM 150 hingga RM 300 (bergantung bilangan anak) | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 150 | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 150 | RM 600 |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Jumlah penerima bantuan STR 2025 untuk fasa 1 ini adalah seramai:
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA STR 2025 FASA 1 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah (B40) | 2.8 juta |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 (M40) | 1.0 juta |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | 1.3 juta |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | 3.2 juta |
Catatan: Secara keseluruhan penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Walaubagaimanapun, jumlah penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Semakan status boleh dibuat secara dalam talian bagi mengetahui kelayakan yang diluluskan adalah tepat dan betul. Rujuk panduan di bawah:
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOG STR
Penerima yang terlupa atau ingin menukar kata laluan, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : str@mof.gov.my