Bantuan Tambahan Khas Untuk Bujang B40 Dan M40 RM 200

Terdapat sebuah bantuan tambahan khas e-Wallet untuk bujang B40 dan M40 berjumlah RM 200. Sila rujuk perkara di bawah

BANTUAN TAHUN 2023

Pelbagai jenis bantuan telah dan akan disalurkan pada tahun ini. Salah satunya adalah bantuan khas untuk bujang B40 dan M40 atau lebih dikenali sebagai e-Pemula RM 200.

e-PEMULA 2023

e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda yang asing kerana telah diberikan sejak tahun 2021 lagi.

Tujuan utama pemberian bantuan secara kredit ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.

JUMLAH BANTUAN E-PEMULA 2023

Pemberian bantuan e-Wallet kredit ini bagi tahun 2021 dan 2022 adalah berjumlah RM 150. Tetapi berita baik kepada rakyat, jumlah bantuan ini telah dinaikkan kepada RM 200 seorang bermula tahun ini.

Sebelum ini, kategori belia M40 tidak terima bantuan e-Wallet ini. Tetapi bagi tahun ini golongan tersebut tidak dipinggirkan lagi dan akan terima bantuan RM 100.

SYARAT KELAYAKAN

Ini adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023 yang dinyatakan,

  • Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Turut diberikan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Golongan di atas akan terima bantuan RM 200

Manakala untuk kategori M40 pula adalah seperti berikut

  • Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM 100 ribu setahun
  • Golongan ini terima bantuan RM 200

CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN

Cara penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah

  1. ShopeePay
  2. BigPay
  3. Touch N Go eWallet
  4. GrabPay

Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS INI

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan pengumuman bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

2 thoughts on “Bantuan Tambahan Khas Untuk Bujang B40 Dan M40 RM 200”

Leave a Comment