Bantuan Lain

Bantuan Rumah Untuk Rakyat Yang Gaji RM 1,000

 

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kekurangan pendapatan tetapi menginginkan sebuah rumah sendiri untuk keluarga.

Dengan hanya bergaji RM 1,000 anda boleh memiliki rumah sendiri jika layak permohonan. Inisiatif ini dilancarkan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) Berhad yang juga syarikat milik penuh oleh Kementerian Kewangan.

Syarikat ini ditubuhkan untuk membantu mengatasi masalah kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti yang bekerja sendiri. SJKP akan membantu mereka untuk dapatkan kemudahan kewangan bagi pembelian rumah.


SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Skim ini merupakan satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan tidak tetap.
  • Skim ini merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daraipada terjual atau lelongan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan untuk permohonan SJKP :

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai punca pendapatan yang tidak tetap seperti peniaga kecil, pemandu teksi, petani dan sebagainya
  • Pinjaman bersama dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan
  • Pendapatan purata kasar minima RM 1,000 sebulan
  • Bermastautin di dalam lingkungan 20 km daripada cawangan institusi  kewangan tempat permohonan dibuat
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar
  • Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada rekod-rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini.

INSTITUSI KEWANGAN UNTUK SJKP

Berikut ialah senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP :
  • Agro Bank
  • AmBank / Islamic
  • Affin Bank / Islamic
  • Alliance Bank / Islamic
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat 
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank / Islamic
  • Maybank / Islamic

PROSES PERMOHONAN

Berikut ialah proses-proses permohonan di bawah :
  1. Mengenalpasti rumah yang diingin beli dan mendapatan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK), Penghulu atau wakil terpilih.
  3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai sumber kewangan berasingan. Untuk kakitangan, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF/KWSP. 
  4. Sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan atau lain-lain dokumen sokongan untuk menyokong juak beli.
  5. Permohonan dilakukan bukan terus ke pejabat SJKP tetapi melalui senarai cawangan insitusi / bank di atas.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan diperlukan, anda boleh hubungi SJKP pada saluran berikut :
  • Telefon : 03-2096 5000
  • Faks : 03-2096 5090
  • E-mel : enquiry@sjkp.com.my

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button