BantuanSTR

Bantuan RM200 Untuk Warga Emas Akan Disalurkan Pada Julai 2023

Bantuan ini diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan warga emas sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.

Untuk pengetahuan anda, bantuan untuk warga emas ini akan disalurkan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah STR bagi pembayaran Fasa 3 pada bulan Julai yang akan datang.

Penerima STR Fasa 3

Kepada Pemohon baharu / Kemas kini STR yang bukan penerima STR fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima yang berkelayakan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Setakat ini, pihak kerajaan tidak mengumumkan lagi tarikh rasmi bayaran STR fasa 3 tetapi dijangka akan disalurkan dalam bulan Julai 2023.

Kategori Penerima Dan Jumlah Bayaran STR Fasa 3

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000

  • RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan

WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )

  • RM200

BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button