Bantuan RM 300 Negeri Sabah



Kerajaan negeri Sabah telah bersetuju untuk melaksanakan kembali Bantuan Prihatin Covid Negeri Sabah 2.0 . Seperti yang sedia maklum, Bantuan Prihatin Covid 1.0 telah dilaksanakan pada awal pandemik Covid-19 di bawah kerajaan terdahulu.


Bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meringankan rakyat Negeri Sabah yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan kembali PKP.


Syarat Kelayakan Bantuan One-Off

Peruntukan sebanyak RM 97.4 juta ini akan diberikan RM 300 seorang. Seramai 324,661 bakal penerima.


Antaranya :
  1. Berdaftar dengan e-Kasih
  2. Golongan B40
  3. Anak yatim
  4. Orang tua 
  5. Orang Kurang Upaya (OKU)
  6. Ibu Tunggal
  7. Petani
  8. Nelayan
  9. Pekebun Kecil
  10. Penternak
  11. Pemandu pelancong
  12. Malim Gunung
  13. Porters
  14. Penggiat seni
  15. Pemandu teksi 
  16. Pemandu bas
  17. Pemandu lori 
  18. Penjaja

Cara Pembayaran ?

Pembayaran akan terus dilakukan secara kredit ke akaun bank anda. Jika anda pernah menerima Bantuan Prihatin Covid 1.0 yang lalu, berkemungkinan besar anda akan automatik menerima bantuan ini.

Setakat ini, permohonan belum dibuka lagi.

Bantuan Bakul Makanan

Peruntukan di bawah Agensi Bencana Negara (NADMA) yang berjumlah RM 31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang
  • terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan
  • lokaliti yang terlibat dalam PKPD

0 thoughts on “Bantuan RM 300 Negeri Sabah”

Leave a Comment