Bantuan RM 300 Dibayar Bulan Februari ini

Terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM 300 sebulan untuk rakyat.Bantuan ini turut akan dibayar pada Februari ini.

BANTUAN BARANG DAPUR RM 300

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau lebih dikenali sebagai bantuan barang dapur telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor sejak 2021 lagi dan pelaksanaan bermula pada tahun 2022.

Bantuan barang dapur ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu ketua keluarga dengan pemberian bantuan bulanan pembelian barangan keperluan asas RM 300.

TUJUAN BANTUAN BARANG DAPUR

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini dilancarkan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

TARIKH BAYARAN

Bayaran adalah setiap bulan bagi penerima yang layak termasuklah bulan Februari 2023 ini

JUMLAH BANTUAN

Bantuan barang dapur ini berikan sebanyak RM 3,600 setahun dengan bayaran setiap bulan RM 300 untuk setiap keluarga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah setiap bulan adalah RM 3,000 ke bawah

PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR

Permohonan boleh dibuat melalui pautan rasmi BINGKAS Selangor

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh terus rujuk ke portal rasmi BINGKAS yang dinyatakan di atas.

Leave a Comment