Bantuan yang dikatakan akan diberi sehingga RM 1,300 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan adalah Bantuan Khas Covid-19 atau BKC.
Apa itu Bantuan Khas Covid-19 ?
Bantuan Khas Covid-19 ialah bantuan tambahan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19. Bantuan ini diberikan sejajar dengan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan baru-baru ini.
Insentif ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia yang sangat memerlukan daripada golongan isi rumah mahupun bujang.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan ialah mengikut jenis golongan. Terdapat 3 jenis golongan yang telah disenarikan, antaranya
Golongan Miskin Tegar
1) Kategori Isi Rumah
Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah ialah berjumlah RM 1,300.
- Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 500), November (RM 500) dan Disember (RM 300).
2) Kategori Bujang
Jumlah bantuan kepada kategori bujang ialah RM 400.
- Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 100) dan November (RM 300).
Golongan B40
1) Kategori isi rumah
Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah B40 ialah RM 800.
- Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 500) dan Disember (RM 300).
2) Kategori bujang
Jumlah bantuan kepada kategori bujang B40 ialah RM 200.
- Pembayaran akan dilakukan pada Ogos (RM 200)
Golongan M40
1) Kategori isi rumah
Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah M40 ialah RM 250.
- Pembayaran akan bermula pada Ogos berjumlah RM 250.
2) Kategori bujang
Jumlah bantuan sebanyak RM 100 akan dibayar secara one-off pada Ogos.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos, November dan Disember tahun ini mengikut kelayakan anda.
Syarat Kelayakan
Setakat ini, tiada informasi dikeluarkan oleh kerajaan berhubung syarat kelayakan untuk memohon BKC ini.
Kemungkinan besar, kerajaan akan mengeluarkan maklumat terperinci dalam masa terdekat.
Tarikh Permohonan
Tidak dimaklumkan buat setakat ini berhubung tarikh sebenar untuk permohonan baharu dibuka.
Akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Sumber : kerjasemasa.com
cara nak kemaskini status saya yang baru berkahwin
Cam mna nak mohon
kompius kategori bujang ni..klau dpt skali one off kan senang..contoh langsum 800..
Macam mana nak memohon
Cara nak mohon
Mcmna nak mohon…???
lebih baik ke LHDN dokumen kne lengkap foto stet ic suami isteri,surat nikah,surat branak ank
ke LHDN serta kan foto stet suami isteri,surat nikah dan di borang laman utama letak nama puan dahulu sbb duit tersebut akan masuk ke akaun puan bkn akaun suami klu letak nama suami dahulu dan pasangan si isteri akan masuk ke akaun suami bkn isteri.
dapat sekali one off mmg tdak ada bro…di atas kan ada diberi tahu ada 3 kategori:-
kategori bujang miskin tegar – RM400 shj (bayaran dua kali ogos RM100 dan november RM300)
kategori bujang B40 -RM200 shj(bayaran ogos RM200)
kategori bujang M40 -RM100 shj(bayaran ogos -RM100)
Bkc ni lhdn yang updt ke untuk kelulusan..
Knp saya x dapat
Mcm mne nak mohon
macam mana nak mohon
Adakah yang tak lulus BPR layak menerima bantuan ini?
Mcm mna nk mohon saya nk tahu jgk… bujang bagi Rm100 je.,mcm ni 1minit Rm100 dah abis.,jgn ingat org bujang tak ada tangujawab,saya beli rmh beli kereta nk bayar rmh nk bayar kereta lgi…tolong la kerajanan malaysia fikir2 kn balik…kepada org bujang ni…skian terima kasih….
Sy dah check bpr dlm online,bpr atas nm suami x lulus sbb gkp tp anak2 layak tp knp duit x masuk dlm akaun,sy nk check dui kat mane
Macm mna nak mohon….
mcm mana anak bujang nk mohon tgk online tiada nk daftar tuan…tq
Tak thu btul ke tak.asyik ckp bantuan bln ogos,tpi tak dpt2 jgk2.tpu semata-mata