BantuanInformasi

Bantuan Khas sehingga RM 1,300 dibayar bermula Ogos

 


Bantuan yang dikatakan akan diberi sehingga RM 1,300 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan adalah Bantuan Khas Covid-19 atau BKC.

Apa itu Bantuan Khas Covid-19 ?

Bantuan Khas Covid-19 ialah bantuan tambahan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19. Bantuan ini diberikan sejajar dengan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan baru-baru ini.

Insentif ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia yang sangat memerlukan daripada golongan isi rumah mahupun bujang.

Jumlah Bantuan


Jumlah bantuan yang diberikan ialah mengikut jenis golongan. Terdapat 3 jenis golongan yang telah disenarikan, antaranya

Golongan Miskin Tegar

1) Kategori Isi Rumah

Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah ialah berjumlah RM 1,300. 
  • Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 500), November (RM 500) dan Disember (RM 300).
2) Kategori Bujang

Jumlah bantuan kepada kategori bujang ialah RM 400.
  • Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 100) dan November (RM 300).
Golongan B40

1) Kategori isi rumah

Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah B40 ialah RM 800.
  • Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 500) dan Disember (RM 300).
2) Kategori bujang

Jumlah bantuan kepada kategori bujang B40 ialah RM 200.

  • Pembayaran akan dilakukan pada Ogos (RM 200)
Golongan M40

1) Kategori isi rumah

Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah M40 ialah RM 250.
  • Pembayaran akan bermula pada Ogos berjumlah RM 250.
2)  Kategori bujang

Jumlah bantuan sebanyak RM 100 akan dibayar secara one-off pada Ogos.

Tarikh Pembayaran 

Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos, November dan Disember tahun ini mengikut kelayakan anda.

Syarat Kelayakan

Setakat ini, tiada informasi dikeluarkan oleh kerajaan berhubung syarat kelayakan untuk memohon BKC ini. 

Kemungkinan besar, kerajaan akan mengeluarkan maklumat terperinci dalam masa terdekat.

Tarikh Permohonan

Tidak dimaklumkan buat setakat ini berhubung tarikh sebenar untuk permohonan baharu dibuka.

Akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Sumber : kerjasemasa.com

Related Articles

One Comment

  1. ke LHDN serta kan foto stet suami isteri,surat nikah dan di borang laman utama letak nama puan dahulu sbb duit tersebut akan masuk ke akaun puan bkn akaun suami klu letak nama suami dahulu dan pasangan si isteri akan masuk ke akaun suami bkn isteri.

  2. dapat sekali one off mmg tdak ada bro…di atas kan ada diberi tahu ada 3 kategori:-

    kategori bujang miskin tegar – RM400 shj (bayaran dua kali ogos RM100 dan november RM300)
    kategori bujang B40 -RM200 shj(bayaran ogos RM200)
    kategori bujang M40 -RM100 shj(bayaran ogos -RM100)

  3. Mcm mna nk mohon saya nk tahu jgk… bujang bagi Rm100 je.,mcm ni 1minit Rm100 dah abis.,jgn ingat org bujang tak ada tangujawab,saya beli rmh beli kereta nk bayar rmh nk bayar kereta lgi…tolong la kerajanan malaysia fikir2 kn balik…kepada org bujang ni…skian terima kasih….

  4. Sy dah check bpr dlm online,bpr atas nm suami x lulus sbb gkp tp anak2 layak tp knp duit x masuk dlm akaun,sy nk check dui kat mane

Leave a Reply to Karthini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button