BantuanBantuan LainSTR

Bantuan Khas RM600 Untuk Keluarga B40 Yang Layak, Semak Sekarang

Bantuan ini adalah diberikan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah STR selain dari bantuan STR secara berfasa. Bantuan ini akan disalurkan kepada keluarga B40 yang menepati syarat kelayakan.

Di sini akan dijelaskan lebih lanjut mengenai bantuan berjumlah RM600 untuk keluarga B40 yang berkelayakan.

Pembaharuan STR

  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Sumbangan Tambahan RM600

Untuk pengetahuan anda ini adalah salah satu pembaharuan dalam program STR yang telah dibentangkan semasa Bajet 2023 yang lepas. Sumbangan tambahan RM600 ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka layak menerimanya.

Jumlah Bayaran STR Mengikut Kategori

Isi rumah tiada had umur dan berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 anak ke atas – RM2,500
  • Bantuan berjumlah sehingga RM2,500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600.

Syarat Kelayakan Penerima Sumbangan Tambahan RM600

Bantuan Tambahan RM600 ini akan diberikan kepada isi rumah yang berikut:

  • Isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button