BANTUAN KHAS KEWANGAN RM 350 DAN RM 700 – SEMAK KELAYAKAN

Begitu banyak bantuan yang diumumkan pada tahun ini termasuklah bantuan khas kewangan yang bernilai RM 350 dan RM 700 mengikut kategori. Untuk mengetahui informasi lanjut, sila ambil maklum maklumat di bawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Sebuah surat pekeliling telah dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr. Zulkapli Mohamed mengenai tarikh bayaran bantuan khas kewangan tersebut.

Terdahulu, pengumuman Bantuan Khas Kewangan ini telah dibuat oleh Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri dan kini diteruskan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.

PENERIMA BAYARAN BKK 2023

Menurut surat edaran tersebut, penerima yang layak adalah termasuk

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah – RM 700
  • Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteren berpencen serta tidak berpencen – RM 350

JUMLAH BANTUAN

BANTUAN RM 700
  • Diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah / Lain-Lain
BANTUAN RM 350
  • Kepada pesara kerajaan yang disebutkan di atas

TARIKH BAYARAN

Melalui surat pekeliling berkenaan, dinyatakan bahawa pembayaran bermula pada 17 Januari 2023 ini.

Leave a Comment