Bantuan Kewangan RM 300 Tanpa Permohonan

Kerajaan telah mengumumkan Pelan PEMERKASA pada Mac lalu untuk membantu rakyat yang terjeas akibat pandemik ini.

Salah satu bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan ialah Program Prihatin Kasih. Pelaksanaan Program Prihatin Kasih tidak lain dan tidak bukan untuk membantu rakyat yang kesusahan seperti golongan miskin tegar dan miskin bandar.

PROGRAM PRIHATIN KASIH

Program Prihatin Kasih akan dilaksanakan melalui peruntukan bantuan makanan tanpa tunai. Dikatakan bahawa sebanyak RM 100 juta peruntukan dilaksanakan yang akan dinikmati oleh 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DINIKMATI

Berikut ialah perincian berkenaan jumlah bantuan program ini :
  • Bantuan akan diberikan bernilai RM 100 sebulan untuk tempoh 3 bulan
  • Menjadikan jumlah bantuan keseluruhan bernilai RM 300
  • Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad penerima yang layak
  • Seterusnya, penerima boleh membuat pembelian makanan asas seperti telur, telur dan lain-lain di kedai terdekat
LOKASI PEMBELIAN BANTUAN MAKANAN

Untuk pengetahuan anda, hanya pasar raya atau kedai terpilih sahaja boleh menebus bantuan tersebut. 
Sebanyak 300 lebih lokasi pasar dan kedai seluruh Malaysia termasuklah di bawah :
  • Giant
  • Econsave
  • Mydin 
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa 
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores 
  • dan kedai runcit terpilih
SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan cara untuk menyemak kelayakan anda untuk anda mengetahui sama ada layak atau tidak untuk bantuan di atas.

LANGKAH 1 
Klik pautan berikut untuk menyemak kelayakan anda 

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan masukkan Captcha yang disediakan dengan betul.

LANGKAH 3

Klik pada ‘SEMAK STATUS’

LANGKAH 4

Keputusan kelayakan akan dipaparkan pada skrin

LANGKAH 5

Penerima akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka

LANGKAH 6

Penerima perlu menghadiri taklimat orentasi di kedai runcit terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan


JADUAL PEMBAYARAN

Berikut adalah tarikh pembayaran mengikut negeri-negeri di Malaysia :
  • Selangor dan Kuala Lumpur – Bantuan akan bermula pada Julai sehingga September 2021
  • Kelantan, Johor, Melaka, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak – Bantuan akan disalurkan bermula Ogos sehingga Oktober 2021
  • Negeri Sembilan, Sarawak, Pahang, Putrajaya, Labuan dan Sabah – Bantuan akan bermula pada September sehingga November atau Oktober sehigga Disember 2021 (akan dimaklumkan)


 

0 thoughts on “Bantuan Kewangan RM 300 Tanpa Permohonan”

Leave a Comment