Terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai bantuan keperluan dapur berjumlah RM 300 sebulan untuk rakyat. Untuk ketahui maklumat lanjut, sila semak maklumat di bawah.
BANTUAN KEPERLUAN DAPUR RM 300
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau lebih dikenali sebagai bantuan barang dapur telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor sejak 2021 lagi dan pelaksanaan bermula pada tahun 2022.
Bantuan barang dapur ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu ketua keluarga dengan pemberian bantuan bulanan pembelian barangan keperluan asas RM 300.
TUJUAN BANTUAN KEPERLUAN DAPUR
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini dilancarkan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan barang dapur ini berikan sebanyak RM 3,600 setahun dengan bayaran setiap bulan RM 300 untuk setiap keluarga yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah setiap bulan adalah RM 3,000 ke bawah
PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR
Permohonan boleh dibuat melalui pautan rasmi BINGKAS Selangor
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh terus rujuk ke portal rasmi BINGKAS yang dinyatakan di atas.
Saya perlukan bantuan ini
saya asnaf…saya dah Mohon bingkas , tetapi permohonan katanya tak layak… sedangkan saya tiada sumber punca pendapatan sebab suami adalah pesakit jantung Dan dua Kali dah kene serangan