Bantuan ini yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau merupakan salah satu usaha kerajaan Terengganu untuk membantu penduduk mereka dalam menjalani dan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
I-Fitri Perantau
I-Fitri Perantau ni adalah bantuan khas yang berjumlah RM300 diberikan oleh kerajaan terengganu untuk anak Terengganu yang berada di perantauan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;
Syarat Utama
- Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)
Syarat Lain
- Pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Penjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).
- Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).
Jumlah Bantuan I-Fitri 2023
Bantuan khas ini berjumlah sebanyak RM300 dan akan dibayar secara one-off kepada mereka yang layak.
Untuk Pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan ini telah dibuka bermula 6 April 2023 – 20 April 2023.
Cara Permohonan
Anda boleh membuat permohonan online terlebih dahulu pada pautan yang tertera dibawah
https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Pemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan.
- Salinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan
- Salinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan
- Salinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air