Bantuan Lain

Bantuan Barangan Elektrik RM 500 Bermula Februari

 

Barangan elektrik boleh dikatakan juga sebagai barangan keperluan untuk setiap isi rumah. Sedia maklum, bermula bulan Disember 2021 lepas, beberapa negeri di negara dilandah musibah banjir dan seterusnya pelbagai jenis barangan rumah termasuklah barangan elektrik rosak dan tidak boleh digunakan semula.

Dengan ihsan pihak kerajaan, kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Bantuan Banjir Rumah Malaysia.


SKIM BANTUAN BANJIR

Pihak Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah melancarkan skim ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Bantuan ini khas kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan peralatan elektrik.


JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah jumlah bantuan yang diberikan :

Pakej bantuan ini akan memberikan bantuan sebanyak RM 500 kepada setiap isi rumah yang layak tetapi
  • Bantuan RM 500 yang diberikan ialah rebat dan bukannya tunai
  • Ia untuk penjimatan rakyat untuk membeli barangan elektrik yang baru

JENIS BARANGAN ELEKTRIK

Hampir setiap jenis barangan elektrik boleh dibeli menggunakan rebat RM 500 tersebut termasuklah :
  1. Mesin Basuh
  2. Kipas
  3. Lampu
  4. Peti Sejuk
  5. Pendingin Hawa
  6. Dan lain-lain

SYARAT KELAYAKAN

Kepada yang berminat untuk menerima bantuan rebat RM 500 tersebut, berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan 
  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna Akaun Elektrik Syarikat Elektrik (Domestik)
  • Rumah yang disahkan terkesan akibat banjir

CARA PENEBUSAN

Untuk pengetahuan anda, tiada cara permohonan diperlukan. Kepada yang layak, anda boleh memilih sama ada ingin membuat pembelian secara terus ke kedai fizikal atau online.

Sekiranya anda ingin membuat pembelian secara terus ke kedai fizikal, berikut ialah senarai pasar raya dan kedai yang anda boleh buat penebusan rebat RM 500
Tetapi, sekiranya anda ingin membuat pembelian secara online seperti melalui Shopee, Lazada atau PG Mall.
  • Anda hanya perlu bertanya kepada penjual barangan elektrik untuk menyemak kelayakan mereka dan anda sama ada layak untuk membuat penebusan.

SEMAKAN KELAYAKAN

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan. Oleh itu, berikut ialah panduan untuk semakan kelayakan 
  • Semakan kelayakan hanya perlu dilakukan secara online
  • Sila klik pautan di sebelah untuk semakan https://semak.seda.gov.my/publics/banjir
  • Masukkan nombor Akaun Elektrik, Nombor Kad Pengenalan dan pilih Syarikat Utiliti Elektrik sama ada TNB, SESB, SEB atau NUR.
  • Kemudian, klik SEMAK
  • Paparan semakan kelayakan diberikan
Sumber : kerjasemasa.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button