Kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar masih menjadi topik dicadangkan Ahli-Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat.
Rakyat masih mengharapkan agar Pengeluaran KWSP diluluskan walaupun secara bersasar.
Ahli Parlimen cadang benarkan pengeluaran KWSP bersasar
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan cadangan sama seperti sidang Dewan Rakyat semalam dan disokong Syahir Sulaiman dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah menyurakan permohonan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kebenaran pengeluaran KWSP bersasar untuk mereka yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, masih ramai rakyat yang terdesak untuk meneruskan kehidupan pada waktu ini.
Jelas sekali bahawa Datuk Seri Ismail Sabri menyokong penuh pengeluaran KWSP secara bersasar ini berikutan rintihan rakyat yang mengalami kesulitan kewangan pada masa kini.
Tuntutan Pengeluaran KWSP
sebelumnya pihak Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang diketuai oleh Azmi Mohd Tahir juga merupakan individu yang paling kuat menyuarakan isu ini yang disampaikan daripada rakyat. Dengan harapan, agar Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan tuntutan rakyat tersebut.
Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengambil berat tentang penjimatan perbelanjaan negara dengan menyatakan sekiranya pengeluaran khas ini dibenarkan, maka kerajaan tidak perlu memberi bantuan yang banyak untuk rakyat.
Respon Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim
Berikut adalah respon perdana menteri iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan dan mengambil berat tentang nasib masa depan pencarum kelak sekiranya pengeluaran simpanan KWSP itu dibenarkan.
Tambahan Beliau, adalah lebih baik sekiranya pihak kerajaan mencari inisiatif atau jalan lain yang lebih berkesan untuk membantu rakyat yang terjejas.