Berdasarkan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan sebelum ini, pelbagai intipati serta inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dan salah satunya adalah bantuan secara tunai melalui program E-Tunai Belia Rahmah.
E-Tunai Rahmah
ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk rakyat dalam membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.
Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-wallet sebanyak RM 200. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Syarat Kelayakan Penerima
Penerima mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan ini antara syarat tersebut adalah:
- Pelajar warganegara Malaysia yang menyambung pelajaran di mana-mana institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun.
Jumlah Bayaran
Kadar yang diberikan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM200 seorang bagi yang layak.
Permohonan
Setakat ini tiada lagi maklumat rasmi berkaitan permohonan bantuan ini dan akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
One Comment