Pengeluaran i-Citra, i-Sinar serta i-Lestari merupakan hanya sebahagian pengeluaran wang KWSP yang diberikan dalam tempoh pandemik ini. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat 18 cara pengeluaran wang KWSP walaupun bukan dalam tempoh pandemik ? Sila rujuk maklumat di bawah
Jika anda seorang pencarum, anda boleh mengeluarkan wang KWSP melalui 18 jenis pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2.
Umumnya, terdapat 2 jenis pengeluaran KWSP iaitu (1) pengeluaran sebahagian dan (2) pengeluaran penuh.
18 Jenis Pengeluaran KWSP
Daripada 18 jenis pengeluaran, ia terbahagi kepada 2 iaitu sebahagian dan penuh.
Pengeluaran Sebahagian
- Ketika umur 50 tahun
- Bina rumah
- Perumahan fleksibel
- Kesihatan
- Pendidikan
- Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Perumahan PR1MA
- Simpanan melebihi RM 1 juta
- Beli rumah
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Haji
Pengeluaran Penuh
- Pada umur 55 tahun
- Hilang upaya
- Umur 60 tahun
- Meninggalkan negara
- Pekerja berkempen dan pesara pilihan
- Kematian
Pengeluaran KWSP Umur 50, 55 Dan 60
- Merupakan pencarum KWSP yang sah
- Ahli berumur di antara 50 – 54 tahun
- Ahli berumur di antara 50 – 59 tahun
- Ahli mencapai umur 60 tahun
- Memiliki simpanan KWSP
Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
- Pencarum KWSP
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500,000.00)
Pengeluaran Untuk Kesihatan
- Pencarum KWSP
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Pengeluaran Untuk Pendidikan
Pengeluaran ini adalah untuk membiayai yuran pengajian anak di IPT
- Pencarum KWSP
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Pengeluaran Haji
Bertujuan untuk menampung perbelanjaan asas pengerjaan haji dan bukannya kos keseluruhan haji.
Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh ahli oleh waris/ penama dan lain-lain apabila berlaku kematian kepada si pencarum.
- Pencarum KWSP
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Pengeluaran Meninggalkan Negara
Boleh dipohon oleh :
- Warganegara Malaysia yang telah dilucutkan kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain.
- Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia.