BantuanBantuan Lain

Warga Emas Akan Menerima Bantuan Berjumlah RM500 Setiap Bulan : Semak Sekarang

Untuk pengetahuan anda, bantuan tunai bulanan berjumlah RM500 ini akan diberikan kepada rakyat yang berkelayakan untuk menerimanya dan permohonan masih dibuka.

Ini adalah Bantuan Warga Emas (BWE) yang berjumlah RM500 sebulan seorang dan bantuan ini adalah dibawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan Warga Emas (BWE)

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk membantu mereka yang tergolong dalam kalangan Warga Emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan diberikan sebanyak RM500.

Kategori Dan Syarat Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan yang yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

Jumlah Bantuan Yang Disalurkan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM500 sebulan seorang kepada setiap warga emas yang berkelayakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi berikut :

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button