KWSP

Tiga Pilihan Selain Pengeluaran KWSP Bersasar

Terdapat tiga pilihan selain pengeluaran KWSP secara bersasar yang dicadangkan oleh pakar. Ketahui di bawah

PAKAR SARANKAN TIGA PILIHAN SELAIN PENGELUARAN KWSP

Seorang penganalisis ekonomi dari UniKL Bussiness School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menyarankan tiga pilihan lain selain membenarkan pengeluaran KWSP bagi mengatasi isu kos sara hidup rakyat.

Beliau menyifatkan pengeluaran KWSP walaupun bersasar tetapi tetap berisiko untuk menjejaskan masa depan bakal pesara terutama apabila mempunyai baki simpanan yang sedikit.

PILIHAN PERTAMA

Langkah pertama yang boleh diambil ialah wang simpanan KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk hutang tertunggak.

Menurut beliau, kaedah ini sekurang-kurangnya dapat melaraskan kembali pembayaran atau memulihkan status pencarum. Perkara tersebut boleh dilakukan untuk memberi permulaan baharu pada mereka yang terkesan.

Beliau turut mencadangkan agar diwujudkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khusus diamanahkan kepada agensi kerajaan contohnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memastikan mereka yang mempunyai hutang bank untuk penstrukturan semula hutang.

PILIHAN KEDUA

Profesor Aimi Zulhazmi memberi cadangan kedua iaitu untuk mereka yang tiada masalah hutang tetapi mengalami pengurangan pendapatan disebabkan perniagaan merosot, dipotong gaji atau kehilangan tempat bergantung akibat kematian disebabkan Covid-19 atau penyakit berkaitan.

Beliau berkata, pihak kerajaan mungkin boleh tubuhkan jabatan khas di bawah agensi sedia ada untuk memperbaiki taraf kehidupan bukan sahaja dengan bantuan tunai bulanan tetapi membantu secara langsung dari aspek perniagaan atau pekerjaan yang sesuai.

Beliau turut menegaskan bahawa penting untuk menjadikan agensi berkenaan berkeupayaan memberi motivasi dan kaunseling dalam membantu memulihkan golongan yang terkesan akibat kegawatan ekonomi.

PILIHAN KETIGA

Pilih ketiga selain Pengeluaran KWSP bersasar adalah penubuhan satu tabungan khas menerusi dana diterima daripada derma dan wakaf yang dikecualikan cukai daripada individu dan korporat.

Kata beliau, penubuhan tabungan khass ini dapat digunakan untuk membantu perbelanjaan pemulihan seperti yang disebutkan.

Sumber : astroawani.com , Sinar Premium

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP dilaksanakan walaupun secara bersasar.

Walaupun ramai pencarum dimana jumlah baki simpanan mereka makin berkurang. Tetapi disebabkan kegawatan ekonomi seperti kos sara hidup yang kian meningkat menyebabkan rakyat sangat berharap agar perkara ini diluluskan.

Related Articles

8 Comments

  1. Saya memang memerlukan pengeluaran kwsb ini untuk menyelasaikan masalah kewangan keluarga saya.

  2. Saya amat mengharapkan Pengeluaran kwsp..saya banyak tanggungan dan saya perlu wang kwsp saya sendiri untuk melangsaikan hutang dan sara hidup yang tinggi di mana harap barang terlampau MAHAL..

  3. Nk guna duit ini dlm account nombor 1 emergency utk kegunaan kehidupan keadaan ekolomi boleh ke? RM10, 000 Jah..

  4. Beri pengeluaran One off seperti sebelum atas sebab foktor- foktor keperluan sara hidup yang tinggi dan pinjaman yang belum dilunaskan

  5. I wish to applying for withdrawal for my 60yrs old but it’s allowed on 17April 2023, but I need for payment for MRI scan n+ operations and others payment for TNB/ PBA/MAINTENANCE FEES/ State Council Service Fees . pls advice me how to applying for this urgently need to settle my personal health are very important coz I can’t work as usual due to my sickness…2nd it’s those payments are overdue too.. TQ 🙏

  6. Saya berpendapat pengluaran kwsb.yang di harap kan oleh yang memerlukan dan mengharapkan di luluskan seperti i sinar dan citra,elak mereka sakit hati atau sebaliknya dan jugak efek kepada kerajaan dan negara kita.atas sebab permintaan terakhir dan ini la jalan terakhir untuk penyalasaian dan keperluan meningkatkan traf kehidupan serta dapat memulihkan dan meneruskan tempat beban justeru dapat menyumbang ekonomi pada negara.

  7. Cadangan pakar nie xrelevan laa..meninggikan LG Kos negara utk buka agensi …for what ???? Nama je pakar..huhhhh..pakar cakap

Leave a Reply to Hery ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button