Tiada Lagi Pengeluaran Tambahan KWSP Selepas Ini

 

Tiada lagi pengeluaran tambahan

TIADA LAGI PENGELUARAN TAMBAHAN KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat masa ini tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran oleh ahlinya selepas tiga skim.


Perkara tersebut diperkenalkan sebelum ini, tegas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, tumpuan pengurus dana persaraaan itu kini adalah membina semula simpanan hari tua ahli dan itu adalah mandat yang diterimanya.

Katanya, tiga skim yang diperkenalkan sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dilaksanakan tepat pada masanya dalam membantu ahli berdepan cabaran dicetuskan pandemik.

KWSP ADALAH DANA PERSARAAN

Jelasnya, KWSP adalah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“Kita faham bila terima desakan, tetapi kena ingat mandat KWSP yang diberi mengikut Akta KWSP 1991 untuk menolong ahli mencapai simpanan hari tua yang cukup. Bantuan yang dibuat adalah tepat pada masanya dan masa itu sudah habis.

“Lagipun, kita sudah nampak sudah dalam pemulihan. Perangkaan pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan negara dalam pemulihan.

“Saya harap kita tidak payah keluar lagi. KWSP akan terus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua.

KEPERLUAN ALIRAN TUNAI

Beliau berkata sedemikian bagi mengulas sama ada KWSP mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran selanjutnya bagi membantu ahli yang terkesan akibat pandemik.

KWSP sebelum ini menyifatkan skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020 diikuti i-Citra pada Julai 2021 adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Kuala Lumpur : Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2021 dijangka akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan anggaran antara 5.5 ke 6.0 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 ke 5.5 peratus untuk Simpanan Syariah.

Menurut Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mohamed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan kepada situasi ekonomi pada 2021 khususnya suku keempat 2021, berkemungkinan dividen dijangkakan diumumkan oleh KWSP pada Isnin adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 2020.

Rujukan : kerjasemasa.com

 

Leave a Comment