Bantuan tunai ini adalah untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Seperti yang dimaklumkan, STR fasa 1 telah disalurkan pada sebelum ini dan menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, STR ini akan membantu golongan B40 yang melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Pembayaran bagi STR ini adalah secara berfasa. pembayaran fasa 1 telah pun disalurkan pada bulan januari lepas dan seterusnya fasa 2, fasa 3, dan fasa 4 akan disalurkan kemudian.
STR Fasa 2
Telah rasmi dinyatakan bahawa pembayaran bagi bantuan STR fasa 2 akan disalurkan dalam bulan April ini dan tempoh bagi Permohonan Baharu adalah dari 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023.
Oleh itu, kepada mereka yang belum membuat apa-apa permohonan dan kemaskini maklumat STR bolehlah segera dilaksanakan sebelum 31 Mac 2023.
Kategori Penerima Sumbangan
ISI RUMAH
- Sudah berkahwin
- Ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / duda / duda mempunyai anak yang menpati syarat
- Dengan pendapatan bulanan antara RM 0 – RM 5,000
BUJANG
- Bujang belum berkahwin
- Ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / duda / duda yang tidak mempunyai anak
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun
- Dengan pendapatan bulanan antara RM 0 – RM 2,500
Jumlah Bantuan
ISI RUMAH
PENDAPATAN BULANAN DIBAWAH RM2,500
- RM200
PENDAPATAN BULANAN DIANTARA RM2,501 – RM5,000
- RM 200
WARGA EMAS SEBATANG KARA
- 60 Tahun Ke atas – RM 100
BUJANG
- Bujang 21-59 Tahun – RM100
- Bujang OKU 19-59 Tahun – RM100