Terkini STR 2023 : Semak Tarikh Rasmi Dan Jumlah Bayaran Disini

Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Oleh itu, disini akan dijlaskan berkaitan tarikh – tarikh rasmi dan jumlah bayaran STR 2023 dari fasa 1 sehingga fasa 4.

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Penerima

  1. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
    • RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
  2. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
    • RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
  3. KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
    • RM350
  4. WARGA EMAS SEBATANG KARA
    • RM600
  5. SUMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
    • RM600 akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas bagi yang layak.

Tarikh Rasmi Bayaran STR

  • STR FASA 1 : Bayaran telah selesai disalurkan pada bulan Januari lepas
  • STR FASA 2 : Bayaran disalurkan Bermula 5 April 2023 yang lepas.
  • STR FASA 3 : Bayaran telah disalurkan pada bulan Jun 2023 yang lepas..
  • STR FASA 4 : Bayaran akan disalurkan pada bulan November 2023 dan akan dikemaskini sekiranya ada perubahan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau anda ingin membuat semakan STR, anda boleh melayari langsung laman web rasmi berikut,

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment