Terkini : Kerajaan Umum Bantuan Baru, Tidak Perlu Pengeluaran KWSP – Semak Sekarang

Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran KWSP mereka. Oleh itu, kerajaan akan umum bantuan batu selain Pengeluaran KWSP.

BERHATI-HATI DALAM PENGELUARAN KWSP

Menteri ekonomi, Rafizi Ramli berkata rakyat perlu berhati-hati dalam Pengeluaran KWSP walaupun beliau faham ia dapat membantu sesetengah keluarga atau golongan buat masa sekarang, namun kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.

“Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannnya tetapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang, jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan.

BANTU DARI SEGI PELAKSANAAN BANTUAN

“Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua, walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang, tetapi dia mencuci tangan untuk masa akan datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya.

MENGKAJI ALTERNATIF MEMBANTU RAKYAT

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan KWSP.

Anwar berkata, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.

Leave a Comment