Tarikh Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

 

Tarikh Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan Pengeluaran Khas RM 10,000 boleh dibuat pada 1 April 2022 lepas. 

Setelah membuat permohonan, pastinya para pemohon sedang menunggu keputusan status permohonan pengeluaran tersebut. 

Oleh itu, pihak kerajaan dan KWSP baru sahaja mengumumkan tarikh semakan permohonan Pengeluaran Khas terbabit.

TARIKH SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KHAS

Pihak KWSP sudah mengumumkan bahawa semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula
  • 9 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN

Bayaran permohonan Pengeluaran Khas KWSP akan dibuat bermula 20 April. Pembayaran permohonan ini akan dilakukan kepada pemohon yang berjaya melakukan permohonan Pengeluaran Khas KWSP. 

PEMBAYARAN SECARA ONE-OFF

Kepada pemohon yang berjaya, pembayaran akan dilakukan secara One-Off (sekali bayar) bermula 20 April 2022.

JUMLAH PENGELUARAN

Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 dan maksimum RM10,000. Pengeluaran yang dibuat adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2, jika tidak mencukupi maka pengeluaran akan dibuat melalui Akaun 1.

KAEDAH PENGELUARAN

Cara pengeluaran permohonan Pengeluaran Khas KWSP adalah seperti berikut:
  • RM100 adalah baki minimum yang perlu ada dalam simpanan KWSP.
  • Setiap permohonan yang dibuat tidak boleh dibatalkan sama sekali. 
  • Pengeluaran ini terbuka kepada semua ahli KWSP tanpa pengecualian.  


2 thoughts on “Tarikh Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP”

  1. Degan segala genap penhuru memorandum di sampai kn ke pjabt pdana menteri.bermaksud gologan M40 sgt terkesa ini kn pula B40. Kait pagi mkn mlm..pemimpin harus pemudahkn rakyat.WAJIP.

    Reply

Leave a Comment